Selasa, 6 September 2016

MaKaNaN yAnG bOLeH MeNyEbAbKaN mEnGaNtUk

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Hai korang. Lama betul tak update blog. Haha... Anyway, Naj just nak share something kat korang tentang makanan yang boleh menyebabkan korang rasa mengantuk. (Macam pakar perunding makanan pulak engko ni...huhu...) Bukan macam tu sebenarnya. Naj ada baca tentang article ni dan Naj rasa sesuai untuk dikongsikan bersama. 


Fakta ada menjelaskan cara pemakanan kita semua ni, akan mempengaruhi tabiat tidur. Tapi, untuk pengetahuan korang, walaupun makanan sebagai sumber tenaga, ada juga diantaranya yang menjadikan kita rasa letih.


Lebih mengejutkan lagi bila ada makanan yang tak disangka menjadi punca korang mengantuk. 


PASTA



Pasta pun boleh mengantuk ke? Yes! Karbohidrat berkhasiat sebagai pembekal tenaga kepada tubuh. Sebaik sahaja korang makan sumber makanan karbohidrat ini, ia akan melonjakkan tekanan gula dalam darah. Selepas ia hadam, kadar insulin dalam tubuh akan jatuh menyebabkan seseorag akan rasa mengantuk atau letih.


ROTI PUTIH


Roti putih pun sumber karbohidrat yang seringkali diambil ketika bersarapan. (Siapa pernah sarapan roti, angkat kening. Haha) Oleh itu, jaga-jaga kerana ia membuatkan korang rasa letih. Ini kerana, roti putih sejenis sumber karbohidrat yang diproses. Tidak pula dengan roti bijirin penuh. Mungkin korag boleh gantikan roti putih dengan roti 'oatmeal' lepas ni k. :)


SALAD



Percaya ataupun tak, salad mampu memberi kesan kepada otak. Ia mengandungi sejenis pelali yang digelar 'lactucin' yang sering digunakan ke atas tikus kajian untuk menenangkan serta mengurangkan kesakitan binatang. Ohmygod Ohmymama. Haha


PISANG



Buah ni memang kaya dengan kandungan potassium yang membantu menggalakkan fungsi saraf serta kesihatan jantung, pisang juga tinggi dengan kandungan magnesium. Magnesium sejenis keperluan  yang diperlukan badan manusia bagi membantu melancarkan proses tidur. Mark Hyman, Pengasas UltraWellness Center menggelar magnesium sebagai 'relaxation mineral'. Jadi, kalau anda susah tidur malam, cuba amalkan makan makanan ini. 


Mesti korang terkejut kan? Aku pun terkejut jugak bila mana kadangkala aku pun ada ambil makanan seperti ini. Tapi, sekali-sekala apa salahnya. Kan? Kan? Kan?

Thanks reading! :)

Tiada ulasan :