Jumaat, 30 September 2016

ChIcKeN wRaP hOmMaDe MuDaH dAn RiNgKaS!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...




Hai korang... Sejak kebelakangan ni Naj rasa tertekan dengan keadaan sekeliling. Entahlah aku rasa something, tapi lebih elok let it go je lah (Let it go... let it go, Can't hold it back anymore.... lalalala.... feeling frozen bagai heh!) Biasalah, manusia kan? Ada hari kau rasa okay, happy je, tapi ada hari kau rasa sedih and whatever perasaan lah yang menerjah kat jiwa ini. Hew hew hew... Take it easy. banyakkan bersabar. So for now, aku malas nak layan perasaan yang tak menguntungkan buat diriku ini. Jadi, marilah sini aku kongsikan resepi Chicken Wrap yang sangat-sangat mudah dan well, it's very easy hokeh!. (Berlagak tak?! Hahaha...) Chill lah, I nak gurau pon tak boleh! Haha! 


Chicken wrap hommade aku ni sebenarnya terjadi disebabkan perangai aku yang merasakan 'tak semestinya kita kena makan nasi pada waktu malam kan? kan? Betul tak ni?' Haha! Mengada! Hokeh, dah banyak sangat rasanya aku meleret cerita yang entah pape entah kat atas tuh (abaikan). So, inilah dia resepi Chicken Wrap aku yang very easy dan amat memuaskan hati aku. Husband I makan licin hokeh! Kahkahkahkah.


Bahan-bahan untuk inti chicken wrap :




Bawang putih
Ayam (Korang potong kecik-kecik. Tapi, aku guna daging burger ayam dan aku goreng kejap daging ayam tu)
Lobak merah (Potong panjang-panjang dan halus-mulus)
Black pepper
*Korang boleh guna serbuk cili kalau nak pedas.



Okay, sekarang ni, aku nak bagitahu cara-cara memasak pulak.





Tumis bawang putih sampai naik bau (Bukan naik angin tau! Hahaha)
Lepas tu, korang masukkan daging ayam with carrot. Kacau-kacau ye kawan-kawan. Tabur black pepper berapa banyak yang korang nak.
Kacau kacau kacau, maka terhasillah inti untuk wrap chicken ni. Senang kan? Hehe...






Lepas tu, aku bentangkan mission wrap aku nih, and then, aku tabur kubis yang dah dipotong halus, bahan-bahan inti tadi, tomato (potong dadu- aku buang bahagian isinya), sos ikut kesukaan korang (tapi aku ni jenis yang main bedal je, so aku bubuh lah sos cili.... hahaha) and cheese (Cheese ni aku potong halus-halus) Rajin sangat nak potong-potong cheese bagai, beli yang dah siap kan ada. Hahaha... well, rajin kan? kahkahkah... Poyonya... ya ampun! 





Lepas tu, bungkus lah wrap ini ikut kesukaan korang. Pastu korang grill kejap atas kuali. Jangan lama sangat. Cukuplah sampai kau nampak cheese kau seakan meleleh-leleh gitu. Pastu angkat. 





Leps dah angkat tak kan kau nak pandang je, makan lah panas-panas. Baru sedap. Hehehe...
Tu je lah yang aku dapat kongsi tentang resepi chicken wrap ini.


Semoga bermanfaat!
Thanks reading! :)

Rabu, 14 September 2016

gRiLL LaMb ChOp, cHiCkEn ChOp, BLaCk PePpEr SaUcE hOmMaDe rInGkAs, MuDaH DaN SeDaP!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...





Hai korang. Belum terlambat lagi rasanya nak ucap Selamat Hari Raya Korban to all of readers. (Readers lah sangat, entah-entah tak ada orang baca blog tepi jalanan haku ni ha.... hahaha.... whatsoever, janji aku happy) Hehe. Masa hari raya Korban ni, macam biasalah dengan segala ketupat and the geng (ayam masak kicap + ayam masak merah + kuah lodeh + sambal kacang) dimasak. Huhu... rasa macam Hari Raya Aidilfitri pulak. Hehehe...



Malam sebelum kejadian masak-memasak ni, Naj and family ada buat BBQ Night dekat rumah je. My dad yang mula-mula plan and I tak sangka ianya memang betul-betul syok habis. Ye lah, bila lagi kite orang nak kumpul each other memandangkan adik-beradik Naj dah masuk asrama.


Okay, kat sini saja je Naj nak kongsi resepi Lamb chop and chicken chop with black pepper sause. Resepi yang sedap dan mudah.



Cara penyediaan Lamb Chop and Chicken Chop : 

1. Bersihkan lamb and chicken 
2. Lumur kedua-dua dengan kiub ayam, lada hitam and lada sulah
3. Gaul dengan sos tiram and lada sulah.
4. Gaul dengan bahan tumbuk (bawang putih and halia) - tumbuk kasar.
5. Perap selama sejam. Tapi, aku cadangkan kalau korang perap lagi lama lagi 
    sedap. Semalam macam tu pun dah ok.


Cara penyediaan sos black pepper :

1. Tumis bawang besar (dipotong dadu kecik-kecik) till layu dan wangi. Minyak 
    sikit je.
2. Masukan lada hitam yang ditumbuk kasar. (Dush! Haha!) Korang tumis kejap.
3. Masukkan tepung gandum dan always kacau supaya tak bergentel.
4. Masukan air dan kacau hingga sebati
5. Masukkan kiub ayam, sos lada hitam, sos tiram dan kicap. Kacau kacau lagi ye.
6. Kalau korang dah nampak kuah tu pekat, bolehlah tambah air sikit.
7. Sesuaikan rasa tu. If korang nak kuah black pepper tu gelap sikit, korang 
    letaklah kicap ye. 
8. DONE!


Thanks reading! :)

Selasa, 6 September 2016

MaKaNaN yAnG bOLeH MeNyEbAbKaN mEnGaNtUk

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Hai korang. Lama betul tak update blog. Haha... Anyway, Naj just nak share something kat korang tentang makanan yang boleh menyebabkan korang rasa mengantuk. (Macam pakar perunding makanan pulak engko ni...huhu...) Bukan macam tu sebenarnya. Naj ada baca tentang article ni dan Naj rasa sesuai untuk dikongsikan bersama. 


Fakta ada menjelaskan cara pemakanan kita semua ni, akan mempengaruhi tabiat tidur. Tapi, untuk pengetahuan korang, walaupun makanan sebagai sumber tenaga, ada juga diantaranya yang menjadikan kita rasa letih.


Lebih mengejutkan lagi bila ada makanan yang tak disangka menjadi punca korang mengantuk. 


PASTA



Pasta pun boleh mengantuk ke? Yes! Karbohidrat berkhasiat sebagai pembekal tenaga kepada tubuh. Sebaik sahaja korang makan sumber makanan karbohidrat ini, ia akan melonjakkan tekanan gula dalam darah. Selepas ia hadam, kadar insulin dalam tubuh akan jatuh menyebabkan seseorag akan rasa mengantuk atau letih.


ROTI PUTIH


Roti putih pun sumber karbohidrat yang seringkali diambil ketika bersarapan. (Siapa pernah sarapan roti, angkat kening. Haha) Oleh itu, jaga-jaga kerana ia membuatkan korang rasa letih. Ini kerana, roti putih sejenis sumber karbohidrat yang diproses. Tidak pula dengan roti bijirin penuh. Mungkin korag boleh gantikan roti putih dengan roti 'oatmeal' lepas ni k. :)


SALAD



Percaya ataupun tak, salad mampu memberi kesan kepada otak. Ia mengandungi sejenis pelali yang digelar 'lactucin' yang sering digunakan ke atas tikus kajian untuk menenangkan serta mengurangkan kesakitan binatang. Ohmygod Ohmymama. Haha


PISANG



Buah ni memang kaya dengan kandungan potassium yang membantu menggalakkan fungsi saraf serta kesihatan jantung, pisang juga tinggi dengan kandungan magnesium. Magnesium sejenis keperluan  yang diperlukan badan manusia bagi membantu melancarkan proses tidur. Mark Hyman, Pengasas UltraWellness Center menggelar magnesium sebagai 'relaxation mineral'. Jadi, kalau anda susah tidur malam, cuba amalkan makan makanan ini. 


Mesti korang terkejut kan? Aku pun terkejut jugak bila mana kadangkala aku pun ada ambil makanan seperti ini. Tapi, sekali-sekala apa salahnya. Kan? Kan? Kan?

Thanks reading! :)