Jumaat, 26 Mei 2017

My SwEeThEaRt

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ...


26/4/2017 is an anniversary day for me and my husband! Its the great day for both of us after almost 3 years we waiting for this moment, I'm finally pregnant! Alhamdulillah.

Bila diingat kembali tentang kisah ni, sememangnya amat seronok bagi kami berdua menanti detik manis ni. Cerita ni bermula pada beberapa hari sebelum tibanya hari bahagia kami. My husband tetibe teringat tentang sesuatu. Sesuatu yang aku sendiri tidak sedar. 'Eh, bila ayang last period?' Tanya husband aku. Aku yang baru balik dari kerja tetibe berhenti melangkah. Baru aku ingat bahawa masa ni aku dah lama tak datang bulan. 'Er... tak ingat pulak,' Selalunya, bila aku tak ingat, aku akan check kelender dalam handphone aku. Tapi, disebabkan aku selalu terlalu mengharap dan tak jadi, finally aku buang apps tu daripada phone aku. Sebab tak nak sedih lagi dah. Cukuplah dengan kata-kata orang sekeliling. Tapi, tu semua dah tak menggoyahkan perasaan aku langsung. Cuma adalah beberapa seketika mengguris perasaan aku ni. Tipulah kalau aku tak sedih. Ye lah, aku ni manusia biasa... sama dengan semua orang di luar sana cuma, nasib saja yang tak sama. 


Esoknya,  kami kerja macam biasa. I asked Fika, my friend about this thing because she had an experience about pregnancy test and she really want to help me to find it. Oh dear, I'm very thankful have her to guide me  buy this one or this, this, this... which is the good one. Katanya, beli dulu yang biasa, sebab masa aku dulu.. blablabla.... (Hahaha, sorry dear, I make it short bhahaha) Then, pilih punya pilih, aku pon pergi bayar. Masa rehat, aku balik rumah jap, tu pun sebab rumah dekat, kalau jauh, memang aku duk rehat kat surau lah. Huhu. Okay, masa aku balik rumah, aku test. Masa tu memang dah tak boleh tahan lagi dah air mata aku. Ya Allah, hanya Dia je yang tahu apa yang aku rasa. Mata aku puas memandang pada pregnancy test tu. "Double line". Puas aku menanti saat manis ni. Aku tanya husband, balik rehat tak? Dia kata balik. Lama aku menunggu dia kat rumah. Yelah saja nak bagi surprise kat dia face to face. Tapi disebabkan perasaan gembira ni, aku tak dapat lagi nak berselindung daripada dia. Lastly, aku whats app dia. Hehehe... dia gembira sangat. Alhamdulillah, ni lah saat yang kami nantikan selama ni. 


Petang tu masa balik kerja, aku nampak motor dia dah ada, means dia dah sampai kat rumah dulu lah daripada aku. Hehe. Bila aku bukak pintu rumah je, dia nak ajak aku pergi klinik. Mata aku terbeliak. 'Betulke?' Tanya aku. 'Betullah, ingat abang main-main ke?' jawab dia sambil buat muka. Aku tertawa melihat wajahnya.  Sampai je klinik di tempat parking, aku nampak dia termenung. 'Husband?' dua kali aku panggil dia 'Husband!' Hahaha... 'Abang rasa lain macam lah' jawabnya. Haha. 'Kenapa ni?' Tanya aku. 'Entahlah, abang pulak yang nervous' jawab dia sambil ketawa. 'Kalau betullah ayang pregnant, abang memang kena cuti panjang mancing ikan lah ye lepas ni," katanya sambil tersengih-sengih. So, kite orang terus masuk dalam klinik. Tak lama lepas tu, nama aku dipanggil. After scan, memang sah aku pregnant, masa ni dah 7 week 3 day. Kite orang macam nak menangis masa tu. Hehe. Menangis sebab gembira sangat. Alhamdulillah dengan berita ni. Atok, nenek, saudara and also our parents memang seronok sangat. 


Hari-hari terus berlalu. Buku pink pun dah buat. Alhamdulillah aku tak mengalami morning sickness yang teruk. Aku just rasa loya, pening, cepat penat and tak boleh bau yang macam-maca, contohnya macam bau nasi yang dimasak. Rasa macam nak muntah kat situ jugak. Hoho. Husband banyak memahami aku. Bila aku penat, dia masakkan. Entah macam mana, hari tu aku tetiba nak sangat rasa Buah Naga, tapi Buah Naga isi putih, aku memang tak nak isi merah. Petang tu jugak dia carikkan Buah Naga untuk aku. Haha. Masa dia balik tu, tengah hujan. Kesian husband, tapi aku gembira sangat nampak plastik tu berisi Buah Naga. Dia beli tiga biji. Dua biji aku bedal petang tu jugak. Nikmat dia lain macam. Haha. Thanks husband. Ada lah jugak beberapa makanan yang aku ngidam masa pregnant tu. Haha... Masa pregnant ni, macam-macam dah aku rasa nak beli baju itu, baju ini, dan barang-barang baby. Tapi aku just pendamkan je. Due date 10/12/2017. Lama lagi. Nanti dulu lah. Hehe.


22 Mei 2017, pagi isnin, aku rasa sakit perut sangat. Tapi aku syak mungkin sebab perut aku kosong, lapar agaknya, so aku decide beli roti kat petronas jap. Lepas tu, aku pun pergi klinik kesihatan sebab nak buat cek gigi. Masa rehat jam 1 petang tu, aku balik rumah jap, rasa sakit perut, aku pergi toilet, tetibe aku nampak satu dot darah. Aku terus kejut husband. Masa tu aku dah hujan air mata dah. Husband aku pun terkejut. Tapi orang kata, normal kalau just a dot. Bleeding sikit. Husband aku decide terus pergi klinik. Aku siap-siap dan bila sampai kat klinik ni, doktor tengah rehat, lepas tu terus pergi klinik syifa'. Sampai sana, doktor panggil and terus buat scan. Masa scan, just nampak kantung kosong je. Tak ada baby. Lepas tu doktor kata, baby tak membesar mengikut kiraan minggu dan sepatutnya bila dah besar macam ni, kita akan nampak baby. Tapi baby puan tak ada, kemungkinan puan miscarriage tapi, saya akan buat surat untuk puan pergi ke hospital untuk buat rawatan lebih lanjut. Masa doktor perempuan tu bagi tahu, aku dah mengalir air mata dah. Lepas dah dapat surat daripada doktor, aku menangis tanpa henti. Petang tu jugak kite orang pergi ke hospital. Sampai je hospital, aku terus masuk unit kecemasan. Kat situ scan lagi sekali. Keputusan tetap sama. Kemungkinan puan miscarriage. Tak ada nampak baby. Denyutan baby pun dah tak dengar. Dia bagi kad temujanji untuk datang lagi 2 minggu. Masa dalam perjalanan ke tempat letak kereta, aku menangis disisi husband. Aku dah call orang tua kami. Masing-masing dah tahu. Mama, Mak tak henti-henti bagi kata semangat even aku memang dah tahu tak ada harapan lagi untuk kami berdua menjadi parents this year. Begitu juga abah kami. Malam tu my parents datang melawat aku and husband kat rumah. Pagi esok pulak Mak and bapak mertua aku datang. Petang tu darah still keluar lagi. So kite orang decide pergi lagi hospital. Tapi masih lagi sama, suruh aku balik.

Esok hari memang terasa sakit sangat. Sakit yang tak boleh nak bendung lagi. Masa ni aku balik rumah mama malam tadi. Puas aku menahan sakit. Tapi akhirnya aku tewas juga. Aku pergi ke hospital swasta mula-mula,  buat scan and sama jawapan dari doktor. Miscarriage. Tapi masa tu bilik dah penuh, then aku masuk lagi kat hospital yang pernah aku pergi. Masa kat hospital ni lah 'my sweetheart ' keluar dengan sendirinya. Aku tak gagah, aku tak kuat, air mata jugak jadi peneman. Aku menangis dalam toilet. Tak lama lepas tu, datang satu nurse kat dalam toilet. Dia bawak aku jumpa doktor. Memang sah itu kantung baby. Bleeding memang banyak. So, aku scan balik. Masih ada sisa-sisa kantung yang tak habis keluar, jadi doktor suruh aku warded. Puas aku menangis. Masa ni masing-masing ahli keluarga sedih. Benda yang aku memang tak terbayang dek akal bahawa aku akan mengalami this nightmare. Tapi aku redha...

Aku warded kat hospital berpuasa dari jam 2 pagi till 2 petang. Kena cucuk kat peha and tangan. Masa ni lah aku tak lalu nak makan. Malam tu mama, abah, husband datang pujuk aku. 'Along, along kena relakan dia pergi, jangan macam ni, kalau along sedih, baby lagi sedih, kesian dia. Mungkin dia tak sihat, dia tak nak susahkan along and faez masa besar nanti' Itulah kata-kata daripada mama, abah and my husband. 'Ayang jangan macam ni, kalau ayang sedih macam ni, abang lagi sedih,' kata my husband. Memang masa ni aku menangis. Basah bantal hospital tu aku kerjakan. Masa dia orang dah balik, memang aku menangis, tapi apa yang aku cakap dalam hati, 'my sweetheart, mungkin my sweetheart tak sihat, sebab tu awak pergi, tak apa, ummi dah relakan pemergian sweetheart, nanti tunggu ummi and abi ye,' kataku dalam hati. Memang air mata masa ni keluar laju. Tapi aku dah relakan pemergiannya walaupun aku tak dapat tengok lagi wajahnya. Malam tu aku bermimpi seorang doktor datang ke katil aku sambil membawa baby perempuan kepadaku. Wajah baby yang sedang    tersenyum kepadaku. 

Pagi tu setelah sedar dari lena, aku teringat kembali mimpiku malam tadi. And I told to my mum. Dia kata, Itulah IBU..walaupun dia dah tak ada, naluri and connection tetap ada... Pagi ni aku dah tak menangis lagi. Puasa till jam 2. Masa ni mak and abah mertua datang bersama adik husband. Husband aku memang cuti untuk jaga aku kat hospital. Tak lama lepas tu, Mak pak mertua aku pon balik. Sampai je waktunya pukul 2, aku pun dipanggil untuk ke bilik bedah. My husband ikut je dari belakang dua orang nurse yang sedang menolak katilku ke bilik bedah. Sampai je luar bilik bedah, husband aku di situ sahaja. Salam tangan tak pernah ku tinggal untuknya. Katil tu di bawa lagi ke depan dan aku diletakkan di wad untuk sementara waktu. Kat situ, aku sign beberapa helaian kertas sebagai tanda setuju hitam putih untuk cuci. Sempat lagi aku pesan kat doktor perempuan ni untuk pengsankan aku dari mula till akhir. Bila masanya dah sampai, aku dibawa ke sebuah bilik bedah. Aku tak toleh kekiri kekanan disebabkan perasaan takut yang sering menyerang tatkala tengok jarum suntik yang panjang tu. So, aku decide untuk pandang ke atas sahaja. Hanya pandang lampu yang besar sahaja. Tak lama lepas tu, seorang nurse letak something pada pernafasan aku dan dia bagitahu 'Puan, sedut ni ye, maaf sebab bau dia kurang menyenangkan'. Aku mengiyakan sahaja. Aku memandang ke arah lampu sahaja dan tetibe pipiku di tepuk beberapa kali. Rupa-rupanya pembedahan sudah selesai dijalankan dengan lancar selama sejam. Aku keluar daripada bilik bedah dan terus ke wad biasa.  Malam tu aku dapat keluar daripada hospital. Alhamdulillah. Buat my sweetheart, terima kasih sebab dah pernah hadir ke dalam hidup kami walaupun sekejap. Sweetheart dah bagi ummi rasa pregnant selama 11 weeks. Syukur Alhamdulillah. 


Tulus ikhlas
-ummiabi-

Tiada ulasan :