Rabu, 9 Oktober 2013

Pantai Indah Seaview Resort di Kuala Selangor

Assalamualaikum semua...


Kenapa Naj pergi ke sini? Ha....sebenarnya percutian kali ini sempena sambutan keluarga Haji Abd. Wahid. Perjalanan kita org bermula pada jam 10 pagi selepas adik-beradik dari belah mama berkumpul di rumah atok. Kita org bergerak dari Banting menuju ke Kapar dan terus menghala ke Kuala Selangor selama lebih kurang 2 jam.




Ni adik Naj (baju belang2)... lagi sorg tu sedara kami =)

Lepas je kite orang check-in, kite org berpakat utk makan tengahari beramai-ramai dengan juadah yang kami semua bawa daripada rumah. 

Jam 5 petang, kite org semua memulakan aktiviti sukan yang dikendalikan oleh mama, pak usu dan abg wan.


Eh, Zack, jgn kacau mak andak..hihi....comel betui si Zack ni..
Asyik nak kacau mak andak je :D


Acara pertama adalah acara kanak-kanak yang dinamakan 'bisik-berbisik'. Pelbagai gelagat dapat kita lihat di sini. 


Adik Mu'izz tgh kusyuk mndengar 'nota rahsia' yg disampaikan oleh Hakimi.
(Dgr betul2 jgn sampai tersalah ayat sudah lah ye) ^_^


Amboih adik Mu'izz, sampai pegang kapla kakak Widad plak tuh...betul sgt lah tu, mcm tjuk game ni...muahahaha =D


Adik Nana, tunduk sikit..hihi...

Lepas je acara 'bisik berbisik ni, acara mengisi air ke dalam botol menggunakan span. Then, kite terjah terus sukaneka bagi group dewasa plak...ececeh, dewasa pon nak maen game jugak! Hihi...


Acara 'memancing botol'


'Hah! cepat-cepat! sape cepat die menang! Kusyuk betol mereka semua nih.


Lepas je tamat acara ibu, meh kite terjah acara bapa pula. 


Semua bapa2 dah xsabar nak mulakan permainan nih.

Masing2 dengan gelung rotan mereka. Ok, kite mula dari sekarang! >_<


Pak andak (a.k.a...my abah, muncul juara! Yahoo..!

Lepas tu, ada lagi acara bapa2..iaitu acara makan bahulu..kalo time puase ni, xdptlh makn...hahaha...


Ketua acara sedang memberikan 'taklimat' ringkas:P 


Pemenang bg kategori ni, pak andak lagi...hihi...

Tamat je permainan ni, kini acara pasangan pula, 'Lambungan Kasih'. Ha, mana yg ade psgn tu, meh kita cekup! :)


Masing2 dgn psgn sendiri. Hati2 pegang belon tu, takut nanti pecah pulok..

1,2,3! Go!...Memang kelakar melihat pelbagai gelagat mereka semua ni, ada yg baru nak mula je, belon dah pecah, kesian betoi aku tengok..haha...

Habis je game, ni, pasangan akan di berikan acara menguji minda. Mari kite lihat setiap pasangan yg sedang memerah otak ni....


kak mawar terus cekop Zul bg menggntikn abg wan...jadilah kak mawar...bedal jew...hihi..


Pak long dan mak long saling memerah otak bg mndptkn jawapan disetiap soklan yg diberikan..Susah2 nampaknyew soklan mereka ni...


Ma & abah pon xketinggalan menyertai pertndingan ni... 
Aja2 Fighting! 


Psgn yg br mnmtkn zaman bujang mereka pon turut menyahut cbrn ni....
Tp org tgh tu bukan tau....haha


Maklang n pak lang sungguh tekun membaca soklan yg diberikn...
jgn mengelamun sude ler..ewah2...acah2 je tue... ^_~


Mak ngah n pak ngah pon memerah otak gak..:)
(Agak-agaknya kan, mcm mana otak kena perah ya?...hahahahahaaha)

Acara sukaneka pun berakhir, so, masing2 pon balik semula ke bilik. Mlmnye pulak, kita org terus wat BBQ...


Adik widad with liya :D

Lepas xtvt BBQ, acara penyampaian hadiah pon dijalankan.


Hadiah oh hadiah...


Atok kami >_<




Selamat mlm semua, bubbye... :D

Thank you for reading this entry! :)

Selasa, 8 Oktober 2013

HiKiNg At FrEsEr HiLL PiNe TrEe TrAiL

Assalamualaikum semua...


Ha, Naj nak share pengalaman hiking lagi. Hari tu Naj and the gang dah hiking kat Bukit Kutu dan Gunung Nuang ... destinasi ke tiga kita orang pada kali ini di Freser Hill. Perjalanan dimulakan seawal jam 3 pagi. Fuh, memang mengantuk lah, nasib baik bukan Naj yang bawak kerete... boleh lah tido jap... hehe... (Kesian kat encik pemandu ni... hahaha... :D

Usai menunaikan solat subuh, kita orang meneruskan perjalanan ke Bukit Freser. Sungguh dingin yang kita orang semua rasakan tatkala jam 6.30 pagi. (Sejuknya!!! Rasa nak menjerit pun hado... sebab sejuk... haha!) Dari arah Kuala Kubu Bharu, kita orang merentasi laluan yang bengkang-bengkok. Pening betul kepala Naj. Rasa nak muntah masa tu pun ada, nasib baik teman disebelah suruh makan coklat... baru teringat ada coklat kat dalam dashboard...(ape ke 'lem' nya aku nih...haha...)

Ok, pada mulanya Naj sangka sudah sampai, rupa-rupanya belum... cermin tingkap Naj buka luas-luas sambil mengeluarkan tangan ke arah udara... Fuh! Nyaman betullah kat sini. (Memang sesuai kalau datang untuk honeymoon... buat suami isteri jek eh!) Sampai je kat atas, kita orang pergi sarapan dulu kat gerai yang berdekatan. Lapar betul masa ni, di tambah lagi rasa sejuk....hew...hew... :) 

Lepas dah siap mengisi perut dan tapau bekalan untuk makan di puncak nanti, kita orang bergerak ke Rumah Rehat TM untuk memulakan trekking. Semua orang harus melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan hiking sebab tak nak lah nanti kau injured pulak kan.



Masa ni semua tengah bersarapan. Isi minyak dulu lah katakan. Haha :)

Lepas sarapan je, kita orang terus pergi satu kawasan lapang untuk buat senaman ringan. Memang seronok sangat masa ni sebab kawasan sekeliling dia memang sangat sejuk! I really fall in love with nature!!






Semuanya berwajah ceria sebab dah tak sabar nak hiking nih..
(Yahoo!!!--> jerit dalam hati Naj je! Lol...hahaha)

Pintu masuk ke Pine Tree Trail adalah berdekatan dengan Rumah Rehat TM. Jadi, kalau korang berminat untuk stay sehari dua di Bukit Freser selepas hiking kat Pine Tree Hill, bolehlah menginap di sini. (sebagai cadangan je tuh...)



Pintu masuk... yeah! Semangat!

Kita orang semua memulakan pendakian dengan penuh bersemangat. Trek yang Naj dengan kawan-kawan lalui ini pada awalnya sungguh senang, tapi semakin lama, kite orang jumpa laluan yang sangat susah dan agak membahayakan nyawa korang, korang mesti berhati-hati ketika melalui jalan yang sempit  dan ada gaung yang curam di sebelahnya. Jadi, pengawasan dan langkah berhati-hati sangat ditekankan di sini. Hati-hati tau kawan-kawan... takut nie... ketaq lutut Naj huuu...



Penatnyeee... masa ni tetap rasa sejuk lagi.


Rehat jap... kehausan

Kita orang meneruskan perjalanan lagi setelah puas berehat. Perjalanan memang sungguh mencabar. Memang penat (rasa nak request orang untuk dokong Naj pon ada. Hahahaha... teruknya... :p), tapi kita orang rasa seronok dapat melihat tumbuh-tumbuhan yang menghijau, disamping rasa suasana yang sungguh dingin. Heaven gila weh :')   



Gambar beramai-ramai di dalam hutan rimba :) 
Love it!


Perjalanan kami semakin lama semakin mencabar. Tapi, ada jugak jalan yang menggunakan tangga sebagai laluan utama... fuh, nasib baik... lega hati I! Hehe 


Cantik gitu... walaubagaimanapun  'running man' tetap tersesat dibelakang.. 
Hahaha...(P/S: Running man, jangan mareee...)


Perjalanan masih diteruskan untuk sampai ke puncak yang memakan masa lebih kurang 6 jam. Lama kan...?? huhu... Naj hampir tak percaya mula-mula, tapi bila Naj yang kena redah sendiri, baru Naj tahu macam mana... pergh! Perjalanan menuju ke puncak memang lebih mencabar daripada mendaki di Bukit Kutu dan Gunung Nuang. Sampai je kat puncak, kita orang dapat melihat keindahan alam yang sememangnya... sangat3 lah cantik! Subhanallah! (Naj macam tak percaya dah sampai puncak masa ni) Hahaha :') Alhamdulillah... berkat kesabaran kita orang semua :)




Roti pon jadi lah ye... memasing tengah lapar ni... Memang sangat lapar time ni, cuaca nampak je macam panas, tapi kesejukannya masih dapat dirasa



Semangat katanya :)


Bersantai di puncak Bukit Freser ^_^
(Masa ni Naj duduk je sebab dah 6 jam Naj berjalan! :D)


Amboih... siap ada gaya lagi. :)



Senyum semua... siap ada yang baring lagi. Masing-masing tersenyum gembira bila misi pendakian ini sudah berjaya.



Kini, tibalah masanya untuk kita orang semua turun semula ke bawah.
Penatnye.... manalah tangga ni, susah benar nak cari tangga. Hahaha... kaki dah letih beb. Rasa penat masa ni... tapi tetap tersenyum :) :) :) Masing-masing jalan laju.


Kita orang sampai di bawah dalam jam 6.30 petang. Lalaun balik ni terasa cepat pulak. Sampai je di bawah, Naj dengan kawan-kawan bersiap-siap membersihkan diri. Cuaca sejuk dan kabus mula menyelubungi di segenap kawasan. Wah, alangkah indahnya jika dapat berada di sini selalu. Selesai sahaja makan-makan, kite orang chow!

Email : najwa_zone91@yahoo.com
Thanks reading! :)

Isnin, 7 Oktober 2013

HiKiNg GunUnG nUaNg

Assalamualaikum semua...


Hari ni Naj nak kongsi pengalaman hiking Naj kat Gunung Nuang ni. Kat mana lokasi Gunung Nuang ni?? Ha kalau korang nak tahu, gunung ni terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Titik fokus tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan yang  terletak tidak jauh dari puncak Nuang.


Tingginya 1493 meter pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah :
Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.       
Dari Kampong kemensah, Gombak. 
Dari Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. 


Gunung ini menjadi sasaran pendaki kerana menjadi gunung tertinggi di Selangor. Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Sebuah gua dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan peliharaan buluh  terbesar di Selangor  dan mungkin juga di Malaysia.


Para pendaki boleh ikut saluran paip air yang dibina hingga ke kolam air. Gunakan pemandu arah Orang asli suku Temuan dari Kuala Pangsoon jika perlu. Hutan Lipur Gunung Nuang terletak di dalam Hutan Simpan Hulu Langat yang merupakan sebahagian dari Hutan Taman Negeri yang juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor.



Para pendaki yang bergitu semangat!
Keep fighthing my beloved friends! =)

Kita orang sempat lagi bergambar di pintu masuk Gunung Nuang (Hahaha...masa ni lah nak posing habis, sebab kalau posing lepas hiking, muka dah penat, dengan bau lagi... hahahaha) Perjalanan kita orang diteruskan dengan mengharungi segala jalan yang berliku sehinggalah kami sampai di satu kawasan yang agak lapang untuk berehat sebentar.


'Alah... tak payah nak cover2 kasut tuh, memang dah confirm basah!' Hahaha... Masa ni Zaimi sengaja buat Naj basah. Ada ke patut dia jalan hentak-hentak kat air tu. Memang basah lah aku. Haha!


Kena hati2 tau kawan2. Bukan apa, takut terjatuh ke, terkena batu licin ke, tak gitu?? Hehe...


Perjalanan kite orang diteruskan sehinggalah sampai di air terjun Gunung Nuang. Memang awesome!! Wah... rasa macam nak mandi je!


Air terjun Gunung Nuang. Sejuk tau! :D 
(Kredit to faez who take this picture!)


Power puff girls...! Dah lembik sangat masa ni.
Penat weh sebab laluan kali ni memang betul-betul curam.


Alamak! Ada pacat kat kaki! Kali ni dah 3 kali Naj kena gigit pacat kat Gunung Nuang ni. (Pacat2 kelaparan....hahahaha) 

Tapi, aku pernah jugak kena gigit pacat time hiking dekat Gua Wang Burma, Perlis. Masa tu aku  umur 10 tahun, adik Mu'az pulak baru umur 7 tahun, kita orang follow abah hiking dengan kawan-kawan sekolah mama. Memang seronok tau dekat sana. Siap camping lagi. :) So, bila kena gigit pacat, aku tak nangis, cuma menjerit macam orang kena histeria sebab GELI! Hahaha... haru betullah weh. 


Lepas je mandi-manda, kite orang terus kemas  peralatan memasak. Jam 2 petang baru kita orang turun.


Jom balik.... bye2... :)

Email : najwa_zone91@yahoo.com
Thanks reading! :)

HiKinG bUkiT kUtU

Assalamualaikum semua...


Naj nak kongsi cerita pasal aktiviti kegemaran Naj. Apakah itu? Ofcourse lah hiking. Sebut je pasal hiking ni, tak lain tak bukan, pastinya pasal mendaki bukit or gunung. Ceritanya bermula dari Kuala Kubu Bharu yg terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor. Laluan ke Bukit Kutu ni akan melalui sebuah empangan, iaitu Empangan Sungai Selangor.



Ini lah kawan-kawan hiking Naj. :)

Empangan Sungai Selangor ni dah tak macam dulu lagi dah... air empangan ni dah mula susut... sedih laa bila tengok empangan yang dulunya cantik, tiba-tiba jadi macam ni (sob....sob... touchingnyerrr...) Tapi, apa-apa pun, kite orang sempat ber'wefie' lg sebelum memulakan perjalanan menuju ke Bukit Kutu. Haha!



Sarapan dulu ye.... bagi tambah tenaga masa nak mendaki nanti... :)


Pendakian ke Bukit Kutu (2-4 jam bergantung pada kelajuan ) bermula dari sebuah perkampungan Orang Asli kat kaki bukit. Kite orang lalu perumahan Orang Asli moden di sepanjang Sungai Pertak, dimana jalan yang we all akan lalui ni adalah jalan yang berturap dan pemanduan berakhir pada pertemuan sungai dengan jambatan gantung yang hampir tenggelam.

Sampai je dikawasan lapang beralaskan hamparan batu ni, kita orang memang excited sangat-sangat... hahaha. Masing-masing bersiap sedia untuk memulakan pendakian. Sebelum tu, aktiviti pemanasan badan harus dilakukan terlebih dahulu.

Pendakian dimulakan dengan membaca doa. Semasa memulakan perjalanan, kami harus melintasi dua jambatan besi. Perjalanan agak sukar sedikit kerana kita orang terpaksa merentasi laluan bekas balak. Nasib baik air sungai tak dalam. Kalau dalam agaknya Naj dah tenggelam. Hahahaha. Air sungai tu rasanya memang betul-betul sejuk membuatkan kita orang tak sabar untuk sampai ke tebing. (Huu...sejuknya masa ni...)



4 anak dara berposing


Rehat kejap....penat wei....huhu...


Laluan pendakian semakin mencabar apabila kita orang terpaksa melalui denai securam 70 darjah. Masa ni lah kekuatan fizikal dan mental kita orang benar-benar teruji. Trek denai ni we all tinggalkan sebelum tiba di sebuah gua kecil yang dikenali sebagai Gua Air.




Sempat lagi berhenti di tengah jalan nih..hehehe....



Azli conduct kiteorg, termasuk jurugambar nih...hihihi...kan zaimi?



Posing jom! :) :) :)



Tiba lagi di satu checkpoint... rehat kejap...



Kak Nana posing tutup mata... hahaha...



Faez tgh nak cari port untuk landing ke? hahahaha...



Kenangan bersama



Senyum sokmo! hehehe

Pendakian kami kemudiannya diteruskan sehingga menemui sebuah gua yang berbentuk daripada gabungan beberapa struktur bongkah batu besar yang dikenali sebagai Gua Kambing. Waktu ni hujan turun dengan renyai-renyai membuatkan kami semua terasa sungguh dingin. Baju yang basah selepas meredah air sungai tadi, bertambah basahlah dengan curahan air hujan. Huhu...




Baju kami dah basah coz time tu hujan... sejuk sangat!
Menggigil-gigil kite orang...hehehe


Azli menyempat lagi...
Kami sempat bergambar di belakang Gua Kambing

Di dalam Gua Air  terdapat aliran air yang mengalir tenang dari bawah tanah. Kami berehat di situ sebelum meneruskan perjalanan. Rasa dahaga membuatkan kami masuk ke dalam gua dengan berbekalkan cahaya lampu. Memang benar, air yang tak tahu dari mana puncanya, memang cukup dingin dan menyegarkan.


Rehat jap kat Gua Kambing


Pendakian kami diteruskan menuju ke puncak Bukit Kutu yang mengambil masa satu jam.



Posing habis! Hahaha :D



Sweet tak kite orang? Hahahahaha :P


Setelah sampai di puncak Bukit Kutu, memang semua terus memasak makanan yang dibawa... waktu ni memang sangat lapar, tambah-tambah lagi suhu dingin disekeliling kita orang. Perut Naj pun asyik berkeroncong dari tadi. 



'Rehat jap ye' kata kak Pija.... hehehe



Ni menu kami semua. Maggie with egg.
Even simple, tapi rasa sangat sedap, sebab kita orang tengah kelaparan masa ni... hahahaha)

 


Nampak tak tu! hahahah... Bukan Naj yg mintak, tp abang tu bagi, 'Naj tak nak, tapi dia tetap nak bagi jugak--> cewah! tak boleh blah punya ayat... 'tetap nak bagi jugak' Hehehehe.... =)


Die orang saja je tangkap gambar Naj time makan 1 bekas tuh...
Hahahaha.... boleh tahan jugak ye Naj makan...


Tengah lapar ni...



Roti canai??? Dari mana datangnya roti canai ni? 
Nyum nyum nyum!



Makan magie je kak Nana? Hahahahaha....


Posing time..huhu

Sesuatu yang menarik ketika berada di puncak ini adalah terdapat dataran tinggal yang sunguh luas. Disekitarnya kelihatan monumen lama kesan peninggalan penjajahan British suatu ketika dahulu. Antaranya bekas cerobong asap, beberapa buah perigi lama dan bekas sebuah bangunan. Di bahagian puncak bukit terdapat sebongkah batu besar dan tinggi berhampiran kawasan perigi. Untuk tiba di atasnya, kita orang perlu memanjat menggunakan tali dan tangga yang disediakan. 



Memang mencabar tapi bila membayangkan kepuasan yang diperolehi, halangan itu kami tolak ke tepi. ^_^


Semoga membantu!
Email : najwa_zone91@yahoo.com
Thanks reading! :)