Sabtu, 4 November 2017

IkAn KeLi MaSaK gEtiK

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Salaaaammm namaste... hahaha. Okay guys, hari ni Naj nak berkongsi satu resepi masakan orang jawa, ikan keli masak getik. Getik tu apa? Gedik ke? Oishhh.. jauh sangat menyimpang. Okay, let me explain. Ikan keli masak getik ni, ada gak orang panggil , masak pecel lele... tapi ni memang favorite masakan orang jawa. Bahan-bahan masak dia memang senang belaka. 




Bahan-bahan :

1) Ikan keli
2) Cekur dan daun cekur
3) Bawang merah
4) Cili api ( nama pun orang jawa, mestilah    
     harus pedas. Haha! ) 
5) Santan
6) Garam
7) Belacan

Seriously memang ni je yang Kita akan guna untuk masak resepi ni.

Cara-cara penyediaan :

1) Korang bakar ikan keli. Sebelum bakar, Ikan Keli ni  mestilah dah bersih dicuci, dilumur dengan kunyit dan garam.  TIPS! Kalau korang nak lagi sedap, pergi cari sabut kelapa ( sabut kelapa ni memang sejenis barang yang  sangat mudah dicari kalau di kampung) Tapi kalau korang tak jumpa sabut kelapa, jangan lah meroyan pulak kat dapur sensorang, (okey, over gila!) Korang pergi lah bakar ikan tu dalam oven. Pon boleeeh... Make it easy guys! Hahaha... Bakar sampailah ikan korang masak.

2) Tumbuk cekur, bawang merah yang dah digoreng tanpa dihiris-hiris, cili api dan belacan sekali gus dalam lesung batu. TIP! Kenapa Naj tak guna blender je? Kalau guna lesung batu lagi sedap, sebab tak bercampur dengan air. 

3) Ambil kuali, perah santan lebih kurang 3 senduk. TIPS! Kalau nak sedap, guna santan yang diparut. Buka api. Tunggu santan tu masak. Kalau nak tahu santan tu masak, warna santan tu berubah sikit dari yang asal.

4) Bila santan dah masak, masukkan bahan-bahan yang korang tumbuk tu. Kacau sekejap-sekejap. Make sure santan tak pecah. 

5) Ambil ikan keli yang korang dah bakar tadi, masukkan dalam kuah santan tu. 

6) Hiris daun cekur, tabur dalam kuali. Perasakan dengan garam sikit je dan siap!

Okay, itu saja resepi untuk hari ini. 


Lots of love... Naj




Jumaat, 26 Mei 2017

My SwEeThEaRt

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ...


26/4/2017 is an anniversary day for me and my husband! Its the great day for both of us after almost 3 years we waiting for this moment, I'm finally pregnant! Alhamdulillah.

Bila diingat kembali tentang kisah ni, sememangnya amat seronok bagi kami berdua menanti detik manis ni. Cerita ni bermula pada beberapa hari sebelum tibanya hari bahagia kami. My husband tetibe teringat tentang sesuatu. Sesuatu yang aku sendiri tidak sedar. 'Eh, bila ayang last period?' Tanya husband aku. Aku yang baru balik dari kerja tetibe berhenti melangkah. Baru aku ingat bahawa masa ni aku dah lama tak datang bulan. 'Er... tak ingat pulak,' Selalunya, bila aku tak ingat, aku akan check kelender dalam handphone aku. Tapi, disebabkan aku selalu terlalu mengharap dan tak jadi, finally aku buang apps tu daripada phone aku. Sebab tak nak sedih lagi dah. Cukuplah dengan kata-kata orang sekeliling. Tapi, tu semua dah tak menggoyahkan perasaan aku langsung. Cuma adalah beberapa seketika mengguris perasaan aku ni. Tipulah kalau aku tak sedih. Ye lah, aku ni manusia biasa... sama dengan semua orang di luar sana cuma, nasib saja yang tak sama. 


Esoknya,  kami kerja macam biasa. I asked Fika, my friend about this thing because she had an experience about pregnancy test and she really want to help me to find it. Oh dear, I'm very thankful have her to guide me  buy this one or this, this, this... which is the good one. Katanya, beli dulu yang biasa, sebab masa aku dulu.. blablabla.... (Hahaha, sorry dear, I make it short bhahaha) Then, pilih punya pilih, aku pon pergi bayar. Masa rehat, aku balik rumah jap, tu pun sebab rumah dekat, kalau jauh, memang aku duk rehat kat surau lah. Huhu. Okay, masa aku balik rumah, aku test. Masa tu memang dah tak boleh tahan lagi dah air mata aku. Ya Allah, hanya Dia je yang tahu apa yang aku rasa. Mata aku puas memandang pada pregnancy test tu. "Double line". Puas aku menanti saat manis ni. Aku tanya husband, balik rehat tak? Dia kata balik. Lama aku menunggu dia kat rumah. Yelah saja nak bagi surprise kat dia face to face. Tapi disebabkan perasaan gembira ni, aku tak dapat lagi nak berselindung daripada dia. Lastly, aku whats app dia. Hehehe... dia gembira sangat. Alhamdulillah, ni lah saat yang kami nantikan selama ni. 


Petang tu masa balik kerja, aku nampak motor dia dah ada, means dia dah sampai kat rumah dulu lah daripada aku. Hehe. Bila aku bukak pintu rumah je, dia nak ajak aku pergi klinik. Mata aku terbeliak. 'Betulke?' Tanya aku. 'Betullah, ingat abang main-main ke?' jawab dia sambil buat muka. Aku tertawa melihat wajahnya.  Sampai je klinik di tempat parking, aku nampak dia termenung. 'Husband?' dua kali aku panggil dia 'Husband!' Hahaha... 'Abang rasa lain macam lah' jawabnya. Haha. 'Kenapa ni?' Tanya aku. 'Entahlah, abang pulak yang nervous' jawab dia sambil ketawa. 'Kalau betullah ayang pregnant, abang memang kena cuti panjang mancing ikan lah ye lepas ni," katanya sambil tersengih-sengih. So, kite orang terus masuk dalam klinik. Tak lama lepas tu, nama aku dipanggil. After scan, memang sah aku pregnant, masa ni dah 7 week 3 day. Kite orang macam nak menangis masa tu. Hehe. Menangis sebab gembira sangat. Alhamdulillah dengan berita ni. Atok, nenek, saudara and also our parents memang seronok sangat. 


Hari-hari terus berlalu. Buku pink pun dah buat. Alhamdulillah aku tak mengalami morning sickness yang teruk. Aku just rasa loya, pening, cepat penat and tak boleh bau yang macam-maca, contohnya macam bau nasi yang dimasak. Rasa macam nak muntah kat situ jugak. Hoho. Husband banyak memahami aku. Bila aku penat, dia masakkan. Entah macam mana, hari tu aku tetiba nak sangat rasa Buah Naga, tapi Buah Naga isi putih, aku memang tak nak isi merah. Petang tu jugak dia carikkan Buah Naga untuk aku. Haha. Masa dia balik tu, tengah hujan. Kesian husband, tapi aku gembira sangat nampak plastik tu berisi Buah Naga. Dia beli tiga biji. Dua biji aku bedal petang tu jugak. Nikmat dia lain macam. Haha. Thanks husband. Ada lah jugak beberapa makanan yang aku ngidam masa pregnant tu. Haha... Masa pregnant ni, macam-macam dah aku rasa nak beli baju itu, baju ini, dan barang-barang baby. Tapi aku just pendamkan je. Due date 10/12/2017. Lama lagi. Nanti dulu lah. Hehe.


22 Mei 2017, pagi isnin, aku rasa sakit perut sangat. Tapi aku syak mungkin sebab perut aku kosong, lapar agaknya, so aku decide beli roti kat petronas jap. Lepas tu, aku pun pergi klinik kesihatan sebab nak buat cek gigi. Masa rehat jam 1 petang tu, aku balik rumah jap, rasa sakit perut, aku pergi toilet, tetibe aku nampak satu dot darah. Aku terus kejut husband. Masa tu aku dah hujan air mata dah. Husband aku pun terkejut. Tapi orang kata, normal kalau just a dot. Bleeding sikit. Husband aku decide terus pergi klinik. Aku siap-siap dan bila sampai kat klinik ni, doktor tengah rehat, lepas tu terus pergi klinik syifa'. Sampai sana, doktor panggil and terus buat scan. Masa scan, just nampak kantung kosong je. Tak ada baby. Lepas tu doktor kata, baby tak membesar mengikut kiraan minggu dan sepatutnya bila dah besar macam ni, kita akan nampak baby. Tapi baby puan tak ada, kemungkinan puan miscarriage tapi, saya akan buat surat untuk puan pergi ke hospital untuk buat rawatan lebih lanjut. Masa doktor perempuan tu bagi tahu, aku dah mengalir air mata dah. Lepas dah dapat surat daripada doktor, aku menangis tanpa henti. Petang tu jugak kite orang pergi ke hospital. Sampai je hospital, aku terus masuk unit kecemasan. Kat situ scan lagi sekali. Keputusan tetap sama. Kemungkinan puan miscarriage. Tak ada nampak baby. Denyutan baby pun dah tak dengar. Dia bagi kad temujanji untuk datang lagi 2 minggu. Masa dalam perjalanan ke tempat letak kereta, aku menangis disisi husband. Aku dah call orang tua kami. Masing-masing dah tahu. Mama, Mak tak henti-henti bagi kata semangat even aku memang dah tahu tak ada harapan lagi untuk kami berdua menjadi parents this year. Begitu juga abah kami. Malam tu my parents datang melawat aku and husband kat rumah. Pagi esok pulak Mak and bapak mertua aku datang. Petang tu darah still keluar lagi. So kite orang decide pergi lagi hospital. Tapi masih lagi sama, suruh aku balik.

Esok hari memang terasa sakit sangat. Sakit yang tak boleh nak bendung lagi. Masa ni aku balik rumah mama malam tadi. Puas aku menahan sakit. Tapi akhirnya aku tewas juga. Aku pergi ke hospital swasta mula-mula,  buat scan and sama jawapan dari doktor. Miscarriage. Tapi masa tu bilik dah penuh, then aku masuk lagi kat hospital yang pernah aku pergi. Masa kat hospital ni lah 'my sweetheart ' keluar dengan sendirinya. Aku tak gagah, aku tak kuat, air mata jugak jadi peneman. Aku menangis dalam toilet. Tak lama lepas tu, datang satu nurse kat dalam toilet. Dia bawak aku jumpa doktor. Memang sah itu kantung baby. Bleeding memang banyak. So, aku scan balik. Masih ada sisa-sisa kantung yang tak habis keluar, jadi doktor suruh aku warded. Puas aku menangis. Masa ni masing-masing ahli keluarga sedih. Benda yang aku memang tak terbayang dek akal bahawa aku akan mengalami this nightmare. Tapi aku redha...

Aku warded kat hospital berpuasa dari jam 2 pagi till 2 petang. Kena cucuk kat peha and tangan. Masa ni lah aku tak lalu nak makan. Malam tu mama, abah, husband datang pujuk aku. 'Along, along kena relakan dia pergi, jangan macam ni, kalau along sedih, baby lagi sedih, kesian dia. Mungkin dia tak sihat, dia tak nak susahkan along and faez masa besar nanti' Itulah kata-kata daripada mama, abah and my husband. 'Ayang jangan macam ni, kalau ayang sedih macam ni, abang lagi sedih,' kata my husband. Memang masa ni aku menangis. Basah bantal hospital tu aku kerjakan. Masa dia orang dah balik, memang aku menangis, tapi apa yang aku cakap dalam hati, 'my sweetheart, mungkin my sweetheart tak sihat, sebab tu awak pergi, tak apa, ummi dah relakan pemergian sweetheart, nanti tunggu ummi and abi ye,' kataku dalam hati. Memang air mata masa ni keluar laju. Tapi aku dah relakan pemergiannya walaupun aku tak dapat tengok lagi wajahnya. Malam tu aku bermimpi seorang doktor datang ke katil aku sambil membawa baby perempuan kepadaku. Wajah baby yang sedang    tersenyum kepadaku. 

Pagi tu setelah sedar dari lena, aku teringat kembali mimpiku malam tadi. And I told to my mum. Dia kata, Itulah IBU..walaupun dia dah tak ada, naluri and connection tetap ada... Pagi ni aku dah tak menangis lagi. Puasa till jam 2. Masa ni mak and abah mertua datang bersama adik husband. Husband aku memang cuti untuk jaga aku kat hospital. Tak lama lepas tu, Mak pak mertua aku pon balik. Sampai je waktunya pukul 2, aku pun dipanggil untuk ke bilik bedah. My husband ikut je dari belakang dua orang nurse yang sedang menolak katilku ke bilik bedah. Sampai je luar bilik bedah, husband aku di situ sahaja. Salam tangan tak pernah ku tinggal untuknya. Katil tu di bawa lagi ke depan dan aku diletakkan di wad untuk sementara waktu. Kat situ, aku sign beberapa helaian kertas sebagai tanda setuju hitam putih untuk cuci. Sempat lagi aku pesan kat doktor perempuan ni untuk pengsankan aku dari mula till akhir. Bila masanya dah sampai, aku dibawa ke sebuah bilik bedah. Aku tak toleh kekiri kekanan disebabkan perasaan takut yang sering menyerang tatkala tengok jarum suntik yang panjang tu. So, aku decide untuk pandang ke atas sahaja. Hanya pandang lampu yang besar sahaja. Tak lama lepas tu, seorang nurse letak something pada pernafasan aku dan dia bagitahu 'Puan, sedut ni ye, maaf sebab bau dia kurang menyenangkan'. Aku mengiyakan sahaja. Aku memandang ke arah lampu sahaja dan tetibe pipiku di tepuk beberapa kali. Rupa-rupanya pembedahan sudah selesai dijalankan dengan lancar selama sejam. Aku keluar daripada bilik bedah dan terus ke wad biasa.  Malam tu aku dapat keluar daripada hospital. Alhamdulillah. Buat my sweetheart, terima kasih sebab dah pernah hadir ke dalam hidup kami walaupun sekejap. Sweetheart dah bagi ummi rasa pregnant selama 11 weeks. Syukur Alhamdulillah. 


Tulus ikhlas
-ummiabi-

Selasa, 28 Mac 2017

'ThE GoOd, ThE bAd AnD tHe UgLy'

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...




Hi silent readers! (Ahaha.... perasan bak hang) Dah lama tak jenguk my blog. Urm.... by the way, I have read an article about 'THE GOOD, THE BAD AND THE UGLY' and I think, I want to share this article with you all. Tak salah rasanya kalau aku saja-saja nak share, kan? (Oh ye, tak salah jugak rasanya kalau aku nak campur tolak bahagi darab BM and BI right????? Haha!)

A few years back, a good friend laughed when he saw me reading a book on how to be a good husband and a good wife. He said I should read such meterial long, long time ago when I had just married. I only gave him a smile and continued reading. 

After being married for almost 30 years now and experiencing the ups and downs of a marriage, I must agreed to my mother who is now in her 70-s, who said that as time passes, the challengers to maintain a marriage gets difficult by each days... only the 'iman' (faith) helps us to hold on.

At old age when 'almost everything' such as beauty, strength and pardon me sexual attractions and abilities had been taken away from us, only your love to Allah SWT made us still loyal to our spouses. We still love our husbands or wives because Allah SWT told us to do so. If we gave our earnest deeds and hearts to our partners in the name of Allah; then He would be please to us and rewarded us in this world and the Hereafter.

Talking about married life, I remembered the film 'The Good, the Bad and the Ugly' which I had seen during my secondary school days in the 70-s. The film, starring Clint Eastwood, Lee Van Cleef, and Eli Wallach revolves around three gun-slingers competing to find fortune in a buried cache of Confederate gold amid the violent chaos of the American Civil War. It was seen as a highly influential example of the Western film genre and one of the greatest films of all time.

Well, I am not going to discuss about the film, but to me its title 'The good, the bad and the ugly' sounds interesting to portray sketches about husbands and wives from their early years as lovers, getting married and then settled down to raise a family. 

Let us take a gentleman, Ali, for example. During his university years, Ali got attracted to Alina, a student two years his junior. From many of his girlfriends, in Ali's eyes Alina was the best in 'almost everything' - the 'quality in her' was above the girls. So she was 'the good' one, another girls were not in par  to her; perhaps in Ali's view they were the bad ones.

Before Ali and Alina got married; they 'watered' their love by each day. If they failed to meet for a day it was agony for them. Everything were 'like roses' - Ali smelt freshness from Alina and Alina could felt how caring Ali was. When they met, each of them tried to portray the best of himself/herself for example Ali was in his best attire and attitude such as being punctual while Alina showed how polite and shy she was... perhaps when they fart, not a sound could be heard... perhaps they had 'silencers'.



During the early stages of their marriage; everything were fine. They were on 'a bed of roses'-ooh, their honeymoon was excellent... but as the weeks became months and then years and decades, their 'true colours' started to unveil one by one. The smell of freshness from Alina had 'gone with the wind', she became 'plum' in size after delivering babies, one after another. She snored loudly in bed, but claimed that it was Ali who snored and not her! The fact was that both made loud sound while they were sleeping.

TERRIBLE HUSBAND

As the years gone by, Ali proved he was a terrible husband; for example he failed to provide for the family (nafkah) and had ventured back to his old habit of gambling after he was dismissed from his job because of his laziness. Often when Alina told him to be a responsible husband and father, he gave her a tight slap. Yes, one factor that contributed to domestic violence is quarrels about money. It is common that couples fight over money, normally regarding who should provide for the needs of the family. 

Even though courting couples seldom think about their future regarding financial burden as they are absorbed in 'cinta' (love), when they are married and then have their own families, they will realize that they can't have 'cinta' only, they have to have money to run a place name home. 'Cinta' cannot satisfy hunger; you need money to buy food to please your stomach.

To Alina, Ali had turned into an ugly monster; and to Ali, Alina too had turned ugly. Their marriage was on the rocks, they had seen the bad side of each other. Their relationship became worse after Alina went to her former university class reunion dinner - there she met Rosli; a guy who during their university years aimed to make her as his special girlfriend but was 'outclassed' by the 'charming' Ali.

When they met at the reunion party, in the eyes of Alina, Rosli had maintained his good looks and characters over the years; not like her husband who had turned into an ugly monster. She did not realized that she had not seen the bad side on Rosli... yes everything seemed good in a person until we spend much time with him whats more as a husband and wife who live under one roof, shared a bed or even slept under one blanket during the night!

Under that situation, almost everything about ourselves would be exposed to our partners whether they were the good or the bad ones. Each of us has our weal and strong points; an 'ustaz' (religious teacher) during his 'tazkirah' (lessons) at 'masjid' near my house spoke about how the great Caliph, Umar Al-Khattab too had to put into practice his patience (sabar) to face his nagging wife.

Why is it a husband or a wife had turned into an ugly monster in the eyes of each other after they had married for a long time? The 'ustaz' said many couples are not living in accordance of religious obligations; they lead life according their fancies and desires.


He said, to have a 'religious' wife, you should be 'religious' too. 
A good man is for a good women and vise versa. Prophet Muhammad (peace be upon him-s.a.w) in a hadith by Bukhari and Muslim said: 'A women may be married for four things; for her wealth, for her noble descent, for her beauty or for her religion. Choose the one who is religious, may your hands be rubbed with dust!'


Of course a religious wife would not demand from her husband worldly pleasures which are not within her husband's means. She knows his limitation and acknowledges her obligation to obey and please him.

In Islam, the husband is the 'qawwaam' (maintainer) of his wife so that he will be a 'real man' knowing how to steer the ship of family life towards the shore of safety and guidance. 

Islam warns all men against the trail and 'fitnah' (temptation) of women, which may make them heedless and weak, and lessen their religious commitment, so that they turn a blind eye to the way-wardness and unIslamic behaviour of their wives.



In such a case a husband has no say; his wife is controlling everything in the home, so that he dare not disobey her, or answer to her back, or refuse any of her wimps. The Prophet (s.a.w) was right when he said that this is the most damaging of trails and temptations that a man can be faced with : "There will be no 'fitnah' after my death that is worse for men than the 'fitnah' of women'. (Bukhari and Muslim)


The Muslim husband is a man who is not weak in dealing with the trial of a wayward wife, no matter how difficult that 'fitnah' is. He gently makes it clear to her that no matter how much he loves her, he loves Allah and the Prophet (s.a.w) more, and his desire to please Allah is stronger than his feelings for her: Say, (O Muhammad), "If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your relatives, wealth which you have obtained, commerce wherein you fear decline, and dwellings with which you are pleased are more beloved to you than Allah and His Messenger and jihad in His cause, then wait until Allah executes His command. And Allah does not guide the defiantly disobedient people". (Qur'an 9:24)

In this way, the female way-wardness which we see in many so-called Muslim homes will be done away with. The man who sees his wife, daughters and sisters going out in the streetwith make-up, uncovered heads and bare arms, clothed but seeming naked and does nothing to stop this disobedience in Islam, has surely lost his manhood, abandoned Islam and earned the wrath of Allah SWT. He is a 'dayus'. There is no way out of this predicament but sincere repentance which will wake him up, restore his manhood and set him back in the straight path.

Islam considers women to be a trust which has been given to men for safe-keeping. As the wife is usually influenced by her husband, he may take her with him to Paradise or lead her to Hell. Therefore Allah SWT orded the believing men to protect both themselves and their families from the Fire and gave a terrifying picture of the awful fate that awaits them if they neglect their responsibilities towards their wives and families and fail to compel them to adhere to the truth.

So, to husbands and wives who had realized they had turned into 'ugly monsters' in the eyes of one another, please begin with correcting ourselves first; 'InsyaAllah' (God willing) our partners would follow suit. :)


Semoga bermanfaat!
Email : najwa_zone91@yahoo.com
Thanks reading! :)

Rabu, 8 Februari 2017

SuP tULaNg ThAi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



Hai korang, hari ni Naj nak kongsi resepi sup tulang thai. Hehe :)

Bahan-bahan yang diperlukan :

Tulang lembu
Bawang merah (diracik)
Bawang putih (diracik)
Bunga lawang
Kayu manis
Sup bunjut
Halia (dihiris)
Bawang holland (dihiris)
Cili api (2 biji - ikut kesesuaian korang)
Garam
Gula
Air asam jawa (2 sudu - ikut kesesuaian korang juga)
Perahan limau (1 sudu - ikut kesesuaian korang juga)

Step by step:

1) Panaskan minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih, bunga lawang, kayu manis, halia tumis bersama sup bunjut.

2) Bila dah naik bau, masukkan tulang tersebut, gaul-gaul kejap. Tutup periuk sekejap.  Selepas itu  biarkan seketika.

3) Bila dah lama sikit, masukkan air kedalam periuk. Masukkan bawang holland dan cili api.

4) Selepas itu, masukkan garam, gula, air asam jawa, sedikit perahan limau.

5) Bila daging dah lembut, secukup rasa, dan kuah dah nampak pekat, matikan api.

6) Tabur daun bawang dan bawang goreng. Siap! 😘

Senangkan? Hehehe....
Semoga bermanfaat!
Thanks reading!
Email : najwa_zone91@yahoo.com

Isnin, 6 Februari 2017

AyAm MaSaK kIcAp LaDa HiTaM In ThE hOuSe!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...




Lama sudah Naj tinggal blog ni. Haha... Okay, petang ni Naj nak share resepi ayam masak kicap version Naj. 


Bahan-bahan yang perlu ada :

- 1/2 ekor ayam, potong ikut suka hati korang lah, janji bersih, kan? Lepas tu korang toskan kejap.
-2 biji kentang, korang kupaskan dan belah menjadi 8 bahagian setiap satu, kemudian rendamkan (Kentang direndam supaya tak lebam) Hoho.
-Sebiji bawang holland. Bawang ni, korang hiris nipis-nipis, tapi jangan nipis sangat.
- 5 ulas bawang putih, dititik.
-Seinci halia, dihiris dan diketuk sikit.
-Sebiji cili merah, korang hiris serong.
-Sebji cili hijau, hiris serong jugak.
- 2 sudu besar sos lada hitam
- 2 sudu besar kicap pekat.
- 3 sudu besar kicap manis.
- Sedikit air
-Sebatang kayu manis
-Sekuntum bunga lawang
-Daun bawang yang dihiris (hiasan)


Jom ikut Naj step by step! Yuhuu! :




1. Ayam dilumurkan dengan sedikit kunyit dan sedikit garam. Gaul bagi rata. Lepas tu, goreng ayam tu sehingga keperang-perangan. Jangan terlalu garing ye. Ha, bolehlah korang angkat dan toskan.

2. Kentang yang tadi korang potong pun digoreng hingga kekuningan. Api sederhana je tau. Lepas tu, ketepikan.





3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bunga lawang, kayu manis, bawang putih. Tumis sampailah bawang tu nampak layu. 

4. Masukkan sos lada hitam, kicap manis, dan sedikit air anggaran 1 cawan. Kacau semua bagi rata.

5. Lepas tu, masukkan ayam, gaul dengan api kecil sampai nampak kuah pekat. Masukkan bawang yang dihiris tadi, kentang goreng, cili hijau dan merah. Korang kacau dan bolehlah rasa. Kalau nak berkuah, boleh tambahkan dengan air.

Matikan api, angkat dan tabur dengan hirisan daun bawang. Siap!


Itu sahaja yang dapat Naj kongsikan resepi ayam masak kicap lada hitam. Semoga bermanfaat kepada korang yang nak cuba masak menu nih. (Bagi kata semangat ni..) Ececehhh.... Haha...

Email : najwa_zone91@yahoo.com
Thanks reading! :)

Selasa, 17 Januari 2017

ReSePi KaRi AyAm!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



Dah lama rasanya Naj tak update resepi. Hehe... Okay, kali ni Naj rasa nak share resepi kari ayam pulak.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kari ayam:

Ayam (Dah siap potong kepada beberapa bahagian)
Bawang merah (Dihiris)
Bawang putih (Dihiris)
2 Bunga lawang
1 Kayu manis
Daun kari
Serbuk kari
Kentang 
Santan

Cara penyediaan :

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, daun kari dan kayu manis sampai naik bau.

2. Lepas tu masukkan kari yang dah siap bancuh. Cara Naj, serbuk kari ni bancuh dengan air kat mangkuk kecil, lepas tu kacau-kacau kari tu sampai rata, then, bolehlah dimasukkan ke dalam kuali. Kecikkan api sikit sebab tak nak kari tu jadi pahit. Biarkan lama sikit.


3. Masukkan ayam yang dah dipotong kepada beberapa bahagian, kentang yang dah dipotong juga. Kacau semuanya.

4. Masukkan santan. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sehingga mendidih dan naik minyak. Siap!

Senang kan resepi kari ayam Naj ni. Memang nampak ringkas tapi rasanya sedap. (Jangan nak perasan sangatlah Najwa... hahaha) Bukti sedap, kari ayam Naj habis. Haha...

Thanks reading!

Emel : najwa_zone91@yahoo.com
Semoga bermanfaat!