Rabu, 30 September 2015

KeRjA Vs StUdEnT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Sepatutnya, hari Ahad semalam, adik Nana dah balik asrama dah. Tapi, cancel sebab masa ni jerebu memang terlalu teruk. So, langkah keselamatan, pihak sekolah memang mengarahkan student-student die orang untuk cuti pada hari Isnin. Wah suka lah Nana. PSRA pun ditangguhkan. Kesian betul adik Widad ni. So, Hari Isninnya baru lah adik Nana balik asrama. Masa tu Naj kat office. Kite bye-bye through the phone je lah ye Nana. Huu... :)

Naj call husband sebab masa tu dah pukul 5.30 petang, tapi dia ada kerja lagi masa tu. Busy woo... Hahaha... So, nak tak nak, petang tu masa kat rumah memang Naj sorang lah. Memang sunyi je rumah kalau yang lain tak ada kat sini. Entah macam mana, aku tergerak hati nak tengok telefon. Mak ai. 24 missed call from mum and husband. Pergh! Ni memang kes pasal aku silent kan phone lah ni. Aduyai... 

Lepas je cek missed call tu, memang panjang umur lah, husband Naj call. Nada dia macam risau gila. Mana tak nya, dah aku tak angkat call die orang. Mesti lah die orang rasa tak sedap hati kan. Sorry lah. Hahaha...

Husband kata malam ni tak payah masak sebab mama dengan abah dah belikan makanan tadi masa balik hantar Nana. So, aku pun tak jadi lah masak masa tu. Tapi, aku just goreng ikan masin sebab memang aku suka sangat dengan ikan masin ni. Boleh dikatakan favourite lah. Lagi-lagi kalau ada ikan pekasam mak mertua Naj. Memang sedap sangat lah. Huhu... 

Tak lama lepas tu, die orang pun balik. Mama, abah dan adik-adik yang lain masih kenyang lagi, so, Naj dengan Husband lah makan satay kajang Samuri ni (Bukan samurai keyh. Hahaha)


Masa ni semua kat dapur. Sambil mengunyah makanan tu, tengok TV. Habis je makan, kite orang masih lagi duduk kat dapur sebab masa tu kite orang tengah layan cerita kelakar. Memang gelak sampai kering gusi lah. Haha...Good night :)

Thank you for reading this entry! :)

FuLL tImE :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Hari Ahad lepas Naj dengan husband kat rumah mama. Pagi tu, memang Naj teringin sangat nak buat bubur nasi. Teringat masa zaman belajar kat SMT Sepang dulu-dulu. Tiap hari Jumaat pagi nak pergi sekolah, turun je daripada asrama GA 404 dengan Husna, kite orang mesti nak makan bubur nasi yang disediakan oleh pihak DM (Dewan Makan). Bila rasa bubur nasi DM tu kan, memang rasa sedap lah. Lagi-lagi kalau letak sambal cili api yang banyak. Memang berapi lah. :)

Maka, bermula lah misi memasak bubur nasi. Lepas tu Naj dengan mama masak sayur, blend ikan bilis yang dah digoreng tadi, ikan bilis masak kicap and sambal kicap. Then kite orang makan panas-panas. Pergh! memang terangkat terus lah. Thumbs up! Miehehehe... :D :D :D


Tengahari tu, Naj masak remis pulak. Memang sedap sangat. Alah, lebih kurang macam lala lah. :)


Ini lah dia Remis :D

Remis yang Naj masak ni adalah hasil tangkapan yang kami cari masa kat kampung husband hari tu.


Petangnya pulak, adik Mu'izz dengan adik Widad ajak main badminton. Dia memang suka sangat sukan luar ni. So, Naj dengan husband pun follow je lah. Lagi pun memang dah lama dah Naj tak main badminton ni. Naj lawan dengan adik Widad. Husband pulak lawan dengan adik Mu'izz. Firstly, memang rasa ok lagi but then, rasa pancit. Haha... :D

Tak lama lepas tu Naj pun lawan badminton dengan husband Naj. Hahaha.... (Apa gelak-gelak? Tampow kang. Hahaha) Sudah tentulah Naj yang kalah. Terkincit-kincit aku nak kejar shuttle tu. Memang penat sangat. :)


Lepas tu kaki kite orang injured. Alahai... Tu lah, siapa suruh tak warming dulu, kan dah sakit kaki. 

Thank you for reading this entry! :)

Isnin, 28 September 2015

HaRi RaYa KoRbAn :)

Assalamualaikum semua...


Selamat Hara Raya Haji korang... lambat entry ni... Terlalu busy lah kata kan (busy lah sangat... phuik..) Hahaha... Okey, malam sebelum berlangsungnya Hari Raya Korban ni, family Naj akan mengnyam ketupat. Anyam ketupat ni memang kite orang buat setiap kali raya - Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban. Lepas tu masak ayam masak kicap, sambal kuah kacang, kuah lodeh, and absolutely ketupat! tapi rendang ayam kali ni tak sempat nak buat. Miehehehe... Kira ok lah kan sebab yang lain dah ada. :)


Mama dengan Naj pun ada jugak anyam ketupat ni.

Kite orang masak ketupat dekat dalam pressure cooker je. Mudah. Senang. Pantas. Dan tentulah menjimatkan masa. :) 

Masa Naj tengah menganyam ketupat ni, adik Widad nak sangat belajar buat ketupat. Haa.... memang agak payah kalau nak belajar anyam ketupat ni sebab ia agak merumitkan. Naj pun lama jugak lah masa dulu-dulu belajar anyam ketupat dengan mama dan abah. Akhirnya, Naj pun mahir menganyam ketupat ni. So, tak salah rasanya kalau Naj ajar adik Widad cara menganyam ketupat ni kan? Ha... Nak tahu macam mana hasil anyaman adik Widad?


Ni lah hasil tangan adik Widad :)
Boleh tahan kan?

Kite orang sempat buat birthday wishes kat mama pada malam tu. Hari jadi mama betul-betul jatuh pada Hari Raya Korban :) Hari esoknya...


Mu'izz and mama :)

Lepas semuanya dah setle pada malam tu, kite orang satu keluarga pun makan bersama-sama. Memang sedap :) Memang rasa hari raya sangat nih. Hehehe


Jemput makan. Bismillah...
^__^


Mama Naj yang tolong bekalkan.
Thanks mama :)

Habis je makan malam, Naj pun prepare barang-barang untuk balik kampung husband. Masa Naj and husband on the way balik kampong, memang jem. lagi-lagi bila dah sampai Kuala Selangor. Memang sangat sesak. Even Naj and husband gerak lambat untuk balik kampung, tapi jalan tetap sama. (Ingat dah tak jem dah...) Alahai... So, kite orang sampai kampung pada jam 4.00 pagi. Mesti husband penat masa tu kan. Kesiannya dia...

Pagi tu, lepas je sembahyang raya, family husband buat korban lembu. Naj dengan mak mertua tengok depan mata...



Ramai orang kampung datang

Sanak-saudara dan jiran tetangga ramai yang datang :) 

Ada 3 Peristiwa Sejarah Sempena Hari Raya Korban :

1) Kisah Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s. yang diperintahkan oleh Allah kepada 
    Nabi Ibrahim agar meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang 
    tandus. Ia kini menjata tumpuan jutaan umat islam untuk menunaikan 
    rukun islam yang ke 5 iaitu Mekah.

2) Peristiwa ke 2 adalah ibadah korban dilakukan sempena memperingati 
    pengorbanan nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak 
    kesayangannya Nabi Ismail a.s. Namun, berkat kesabaran serta ketaan kedua-
    dua ayah dan anak ini maka Allah telah menggantikannya dengan seekor 
    binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.

3) Peristiwa ke 3 ialah pembinaan semula Kaabah oleh kedua-dua Nabi Allah 
    yang mulia ini. Allah mengutuskan nabi Ibrahim untuk kembali ke Ka'abah. 
    Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina 
    semula Ka'abah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan 
    Kaabah yang pernah di buat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan 
    pada zaman Nabi Nuh.

Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah ini mempunyai 2 sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut. 

'Dan (ingatlah) ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat.'

Sumber MYNEWSHUB.CC

Thank you for reading this entry! :)

Sabtu, 26 September 2015

MiSi MeNcArI ReMiS dAy 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Petang tu, ramai saudara husband yang nak ikut pergi kutip remis kat tepi pantai. Lepas je solat asar, group 1 naik lori and yang lain-lain naik motor. Memang rombongan cik kiah betul petang ni. Hehe.. Husband Naj tak ikut sebab dia ada plan lain. 

Sampai je sana, memang meriah sangat. Ramai orang yang datang kat situ. Masa tu, air laut masih pasang lagi. Memang cantiklah permandangan dia ni kan.


Ramai kan group yang ikut kali ni. 


Boleh tahan hasil tangkapan kite orang hari ni


Masa ni dah nak balik dah

Pukul 7 petang, kite orang semua gerak balik. Puas dengan hasil tangkapan remis ni. Hasil titik peluh kami sendiri pulak tu. :)

Thank you for reading this entry! :)

BaLiK kAmPuNg!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Setelah Hari Raya Korban dah berakhir, hari Sabtu petang tu, Naj dengan husband pun balik lah semula ke kampung Naj. Kite orang bergerak pada waktu petang.


Ha, kite orang siap bawak balik remis yang kite orang cari masa tu. Hehehe... Mak mertua pun bekalkan makanan untuk dibawa balik rumah. :)

Perjalanan masa kami nak pulang tu, memang sesak lah. Nasib baik husband Naj tahu selok belok kat sini. Mestilah husband Naj tahu, kan. Keadaan petang memang jerebu habis. Aku dah rasa macam kat Freser Hill lah pulak. (Tapi tak sejuk pon... hew hew hew... :)


Husband Naj tiba-tiba lapar. 'Yang, nak makan tak?,' Naj yang duduk sebelah dia dari tadi rasa terkejut jugak. Hahaha... bukan apa, tadi rasanya baru je lepas makan kan sayang. Hahahaha... 'Hmm... seronok jugak kan, jom lah,' Ha, nampak tak tu. :) :) :)

Sampai rumah dah malam masa tu. Tak lama lepas tu, kite orang buat BBQ kat rumah pulak. Ye lah, masa sambut birthday mama, Naj tak dapat join. Kira ini macam nak rasa jugak lah buat BBQ dengan mama. Tak gitu?: Hehe...

'Dah habis...'
'Ait? Dah habis ke entry nye?'
'Dah habis lah, bye bye'
Thank you for reading this entry! :)

Jumaat, 25 September 2015

#LoVe 2 MiSi MeNcArI ReMiS, kaKi MaSuK sELuT...Huwaaa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Ha... sambung entry lagi... Hehehe... petang Hari Raya Korban tu, Husband ajak Naj pergi cari remis. Korang tahu tak remis tu apa? Ha, kalau tak tahu, korang pergi sini #LoVe

Kite orang pergi naik motor je. Husband Naj yang bawa. Yang seronoknya, pantai dia memang dekat je dengan rumah Husband. Tak lah jauh sangat. Saudara Husband pon ikut sekali. 

Bila sampai je dekat pantai tu, memang ramai orang yang dah datang ke tempat ni. Naj sedikit teruja lah sebab this is my firt time cari remis. Ha, mestilah excited gile (Sorry... Naj letak 'gile' kat situ... :P Hehehehe). So, bermulalah misi mencari remis bersama insan tersayang :)



Tengok ni, cantik kan? :)

Memang orang yang datang sini dah tahu port mana yang banyak remis. Ramai yang datang dengan bekas masing-masing. Masa Naj tengah cari remis, boleh pulak husband main baling-baling pasir dengan Naj (Baling acah-acah sayang gitu... :D) Naj terkejut, sebab kite memang tengah fokus mencari remis masa tu, boleh pulak dia terkejutkan kita. nasib baik tak melatah (Erk... melatah? Hahaha)


Kite orang tak dapat penuhkan 1 baldi tapi hati tetap rasa puas
:)

Anak-anak saudara husband memang bersungguh-sungguh mencari remis. Suka tengok die orang :) 


Nampak tak kesungguhannya tu :P

Masa memang pantas sangat. Tengok-tengok dah pukul 7.00 petang. Sunset memang cantik lah masa tu kan. :) :) :) Tapi pantai masa tu memang dah surutlah... Naj pun nak bersihkan tangan Naj yang ada pasir pantai. Tapi... ini yang terjadi pada diri Naj


Kaki Naj termasuk dalam selut

Perasaan masa tu sukar diungkap dengan kata-kata, sebab hanya jeritan kuat yang keluar masa tu. Naj tak ingat apa-apa entah sebab Naj memang sangat-sangat terkejut. Korang dapat bayangkan tak kalau korang terkejut macam mana? Ha, macam tu lah yang aku rase. Habis semua pandang kat Naj. Hahahahaha.... Bukan apa, Naj terkejut sebab Naj tak sangka pulak tepi pantai tu pasirnya lembut sangat. Husband memang terkekeh ketawakan aku lah. Hahahaha.... Tapi Husband berjaya dapatkan selipar Naj kat dalam selut tu. Thanks husband :)

Lepas tu kite orang pergi dekat laluan kunci air, basuh tangan and kaki Naj yang kena selut tu tadi.

Tapi, misi mencari remis pada petang tu memang berjaya, and malamnya, kite orang makan remis tu. Memang sedap sangat. :)

Thank you for reading this entry! :)

Khamis, 24 September 2015

HaPpY BiRtHdAY MaMa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Entry ni pasal birthday celebration kat rumah nenek Naj. Khamis malam tu, Family abah Naj ada buat makan-makan dekat rumah nenek. So, mereka terus sambut birthday mama lah. BBQ pun hado... :) 


Birthday mama, 24/9/2015 :)


We love you mum :)


Thank you for reading this entry! :)

Selasa, 22 September 2015

kEgUnAaN kAd AIA HeAlTh sErViCeS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Malam hari Ahad lepas, Naj kena cerry berry... Fuh! Asyik ulang-alik toilet je... Masa tu jam 1.30 pagi. Husband naj pun bawak kereta macam nak racing pun ada. Dia takut isterinya ter'tut-tut' kat dalam kereta agaknya... Hahahaha... Naj masih dapat kawal lagi tau. So, sampailah kite orang di Poliklinik Gunwant... Rasa lega mula-mula sebab dah sampai kan.


Nasib baek lah tak ramai orang masa ni.

Memang lah tak ramai orang masa ni kan, sebab masa ni kan awal pagi. Naj dengan husband pon masuklah ke dalam. Husband pergi kaunter sementara naj pulak, terus duduk dekat kerusi menunggu. Nasib baik ada AIA card. So, kita guna je lah kad ni. Tak payah bayar. Lama sangat Naj tunggu turn nak masuk jumpa doktor, padahal, Naj lah first customer pagi ni. Perut Naj asyik memulas-mulas ja plak tuh. Nasib baik husband urut belakang Naj. Rasa lega sikit lah. Bila doktor panggil masuk, Naj dengan husband pun masuklah ke dalam dan duduk. Masa nak cakap tuh, perut Naj asyik memulas-mulas je. Last-last, Naj minta izin nak ke toilet. Ngada-ngada betullah. Aish! Sabar banyak-banyak ni. Lepas 15 minit kemudian, Naj duduk semula sebelah doktor. Tak lama lepas tu, kite orang pon keluar daripada bilik doktor tu dan tunggu di kaunter untuk dapatkan ubat.


Banyak kan ubat dia nih! Huu...
Naj tak suka makan ubat lah :'(

Lepas tu, Naj pun dapatlah bill perubatan di sini


Nasib baik ada kad. Selamat RM 150 Naj. Hehehe :)

Lepas tu, husband berhenti kejap kat 7 eleven. Naj kat dalam kereta ja. Husband belikan naj susu dutchlady.

'Oh dear, I don't like milk'

'Minum... untuk kesihatan ayang tu... '

So, nak tak nak, Naj terpaksa minum susu tuh! Ayoyo... @#$%^&

Husband ketawa je tengok muka isterinya yang memang tak sukakan susu. Adoi.


So, apa kebaikan susu kat dalam badan manusia nih? 

  • 1) Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan 
  •     mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu.

  • 2) Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah 
  •     kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi 
  •     dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan 
  •     gigi kerana minum susu dengan perisa coklat

  • 3) Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya 
  •     terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih 
  •     langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. 

  • 4) Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan 
  •     sentiasa sihat dan cergas

  • 5) Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila 
  •     mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari 
  •     keradangan. 

  • 6) Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain

  • 7) Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku 
  •     + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi 
  •     kuat dan fleksibel

8) Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Minum 
    susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal.

9) Minum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan 
    melonggarkan otot-otot tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat.  
    Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja. 

10) Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau    
      cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh 
      mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman. 

11) Secara drastik, susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual 
      Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat 
      dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam badan kita.

12) Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutrien untuk 
      beroperasi dengan betul.  Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah 
      merah) + kalsiun (untuk tulang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium 
      (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + 
      kalium ( baik untuk sistem saraf) + protein (unbtuk proses pertumbuhan 
      dan penyembuhan+ riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink ( 
      untuk meningkatkan sistem imun)

That's all for today :)
So, kena minum gak lah ni eh? Uweks...
Minumlah demi kebaikan diri sendiri...
Thank you for reading this entry! :)

Sabtu, 19 September 2015

HBP di DpUlZe ShOpPiNg cEnTrE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Hari Sabtu lepas kami ada buat Hari Bertemu Pelanggan oleh MP Sepang. Program HBP ni dengan kerjasama DPULZE dan KRU Music. Macam-macam program yang diadakan, antaranya Program derma darah, Persembahan T-Baton PDRM, IPD Sepang, Pertandingan mewarna, Kuiz dan Hadiah cabutan bertuah, Pameran agensi dan pendidikan dan juga taklimat kesihatan.


Hari ni Naj jadi urus setia


Sebelum majlis bermula


Naj and the geng jaga kaunter :)





Sempat lagi wefie sebelum program bermula





Ber'ballon' lah kami :D



Ayuh kita breakfast





Kaunter
pendaftaran, cabutan bertuah, dan pertandingan mewarna
Comel budak-budak yang daftar untuk pertandingan mewarna nih ^__^



Ucapan dan kata-kata aluan
dan mereka yang hadir untuk menjayakan 
program ni
'Eh, eh, ada Norman KRU lah! Hee :)



Persembahan T-Baton PDRM,, IPD Sepang
Memang sungguh menghiburkan



Pertandingan mewarna pun bermula
Comel kan adik2 kita nih!
Kalah Kak Ton! Hehehe...
Dan pemilihan pemenang pun sedang dibuat setelah
masa yang diberikan sudah tamat



Ramai orang awam yang berebut-rebut nak jawab soalan nih!



Penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna



Persembahan oleh artis-artis baru di bawah naungan KRU Music



Program dah tamat...
Jom lah kita balik :)


Thank you for reading this entry! :)

Jumaat, 18 September 2015

CeRiA dAn GeMbIrA SeLaLu

 Assalamualaikum semua...


Banyak perkara yang boleh buat kita sedih kan? Tapi percaya tak dalam masa kita bersedih, pada waktu yang sama, ia boleh buat kita tersenyum... Hmm... acane tu?

Munurut pakar jiwa, kesedihan bukan kerana tiada kebahagian. Tapi kerana ketidakmampuan kita untuk melihat dari sisi positif dari segala sesuatu. Korang pernah rasa cani tak? Kesedihan dan kebahagiaan hanya dari sudut pandang je sebenarnya. So, kesedihan boleh diubah menjadi kebahagiaan dengan mengubah sudut pandangan je. Sudut pandangan inilah yang boleh buat orang selalu bahagia even korang dalam kesedihan. So, kenapa harus sedih kalau sebenarnya kita boleh selalu ceria dan bahagia?


Selalu bersangka baik


Korang tak akan ceria kalau korang selalu berperasangka buruk dekat orang lain. Sebaliknya, prasangka buruk ni akan buat hidup korang selalu dalam ketakutan. So, mulai daripada sekarang, fikirlah positif. Kalau ada satu dua orang jahat, tak semestinya semua orang dalam dunia ni jahat kan? Tak gitu?


Fikir semuanya mudah


Kalau korang ada kesusahan, cubalah untuk fikir ' Ah, senang je ni...' Dengan cara ni, masalah sebesar mana pun, korang dapat atasi. Lagipun, berfikir apa pun yang korang hadapai itu mudah, akan merangsang otak untuk cepat menemui jalan penyelesaian. Kalau korang fikir boleh, korang akan betul-betul boleh buat... haa, macam tu lah kata psikologi.


Kalau ada orang yang tetap ceria even dalam situasi yang teruk, ini disebabkan die orang melihat bahawa masih ada lagi harapan untuk keluar dari situasi itu. Harapan itulah yang membuatkan korang masih boleh lagi bertahan dan tetap ceria. Sebaliknya, mereka yang berfikiran negatif, akan menampakkan wajah murung setiap kali ditimpa kesusahan kerana merka tidak pernah melihat harapan itu sebenarnya masih ada dalam diri mereka. Bagi mereka, dunia ini suram, padahal, mereka masih boleh merasa bahagia dan menjalani hidup dengan ceria.


Bergaul


Orang yang ceria lebioh mudah untuk bergaul. Pergaulan akan dapat melahirkan keceriaan. So, keceriaan tak akan datang kalau korang asyik murung aje. 


Santai


Jadi orang yang selalu serious, memang tak dosa. Tapi... tak salah kalau sedikit bersantai. Lagipun, kalau korang serious je pun tak bagus sebanarnya. Sebab, selain benda ni membuatkan korang jadi kaku, keseriousan korang juga boleh mematikan keceriaan orang lain. So, apa-apa pun keadaannya, just buat dengan santai je lah. 


Syukuri dengan apa yang dimiliki


Kalau korang ada kerja dan masih tak bersyukur, maka, kalau korang naik pangkat pun, korang tetap tak akan bersyukur... Macam itu lah ibaratnya... Sebab, setelah korang ada pekerjaan, korang akan berharap untuk naik pangkat... Sebaliknya, kalau korang belajar mensyukuri dengan apa yang korang miliki pada saat ini, korang pun akan mensyukuri dengan apa yang akan kamu miliki esok, lusa nanti. Sebab bersyukur adalah syarat untuk korang hidup bahagia. Acane korang nak rasa bahagia kalau korang asyik tak puas je? Dunia ini terlalu kecil untuk menampung semua keinginanmu.


Thank you for reading this entry! :)

Khamis, 17 September 2015

#LOVE

Assalamualaikum semua...


Hari-hari kita keluar pagi sebab nak pergi kerja. Dari hari Isnin sampailah hari Jumaat. Itu pun kadang-kadang kena datang kerja hari Sabtu dan Ahad. Kan? Hmm... kalau drive sorang-sorang masa pergi dan balik kerja, memang rasa letih. Lain lah kalau ada partner dalam kereta. Kadang-kadang Naj mengantuk jugak lah drive sendiri masa nak balik kerja. Dah lah mengantuk kan. Tu tak kira lagi kalau ada jam kan? Daripada Cyberjaya ke rumah. Hmm... memang terasa penat sangat. 

Masa hari isnin petang, Naj and husband pergilah pasar. Memang janji jumpa kat pasar lepas balik kerja ni. Kite orang pon belilah sedikit makanan ringan dan barang basah. Tiba-tiba Husband Naj nampak 'sesuatu' so, dia pun berhenti lah dekat gerai yang jual barang basah like ikan, kepah, ketam, sotong and etc. Nak dijadikan cerita, husband Naj tanya Naj.

'Yang, nak beli yang ni tak?'

Bila Naj tengok benda tu... (Oh, kepah rupanya...)

'Boleh jugak' 

Lepas habis pusing-pusing pasar tu, kite orang pun balik lah. Sampai je rumah, Naj pun siap-siap lah dan seperti biasa, Naj akan terus ke dapur untuk sediakan makanan malam. Tapi, entah macam mana, husband Naj pun ikut Naj ke dapur. Mula-mula dia berdiri sebelah Naj masa tengah basuh kepah.

Masa tu Naj dah siap-siap kan bahan-bahan untuk menumis. Tiba-tiba je dengan ringan tangan, husband Naj tumis segala bahan-bahan yang Naj dah siapkan tadi. Sampailah ke kepah. Hahaha... 

'Pandai jugak husband aku ni masak eh'.... dalam hati je. 

Tapi rasa touching pulak sebab memang dia dengan rela hati nak masak untuk menu malam ni. 
Thanks sweetheart :')

Tang rasa tu yang penting. Naj pun ambiklah kepah tu untuk rasa.
'Sedap!' Sangat terpegun sebab memang betul-betul sedap. Husband Naj pun tersengih-sengih je. Hihihi.... ^_^


Thanks again sweetheart! :)

'Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,
dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya'
(QS. Al-Maaidah : 2)


Thank you for reading this entry! :)

KeIsTiMeWaAn MaNuSiA bErNaMa IbU

Assalamualaikum semua...


Keistimewaan manusia bernama Ibu, Mama, Mak...DLL

1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu-ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah ibu menangis kerana anak berjaya dan bukannya menangis sedih disebabkan angkara anak. 

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu dan tatap muka ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

Ada 3 mata yang tidak dijilat oleh api neraka...

a) Melihat kaabah sehingga menitiskan air mata
b) Membaca Al-quran sehingga menitis air mata
c) Memandang wajah ibu yang sedang tidur/sedar 
hingga berlinangan air mata

Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa mereka tidur.

a) Anak
b) Ibu
c) Suami/isteri

3) Adalah menjadi 1 dosa jika kita menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibubapa kita

4) Barangsiapa yang tidak mendoakan ibu/bapanya selepas solat buat ibu yang sudah meninggal, maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tidak pernah menderhaka. Maksudnya, jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap kali solat, kita mesti mendoakannya.

5) Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang hidup dan mati. Jadi, doakanlah ibu/bapa kita yang telah tiada.

6) Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (Jika sedang menaiki kenderaan) dan beri salam, mereka akan mendoakan  kita ' Berkatilah si pulan ni' dan jika kita tak bagi salam, mereka akan kata 'celakalah orang ini'. Jadi, jangan lupa bagi salam! :)

7) Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara yang lain, simpan harta sampai mati dan tak pernah keluarkan zakat

8) Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya. 

9) Jika ibu/bapa kita sudah meninggal dan semasa hayatnya, kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mereka kata dah tak ada, teruskan memberi peruntukan itu sebagai sedekah. 

'Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, 
semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibu/bapaku'

Itu yang boleh buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

10) Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu/bapa kita, baru kita ringan tangan nak bersedekah.

11) Allah panjangkan usia ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak-anaknya. Jagalah mereka dengan baik. In sya Allah, syurga balasannya. Jadi, kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah untuk menjaga mereka. Besar pahalanya.

12) Allah kalau boleh tak nak kita masuk ke dalam neraka. Jadi, Allah tak kan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa. Jadi, dia bagi kita sakit, malu, miskin untuk membersihkan kita sebelum Dia mengambil kita.

Semoga bermanfaat :)
Thank you for reading this entry! :)